Saturday 11 June 2011

Syarikat TOKWAN-Z FARM bertanggungjawab untuk mengurus dan mengendalikan projek ternakan ikan keli dengan dipantau sepenuhnya oleh kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Kelantan.

Sebagai pengusaha yang mementingkan kebersihan dan kualiti produk hasilan, ikan ternakan diberi pemakanan pallet sepenuhnya yang dijamin bersih dan berkualiti. Pallet ini diproses dan dihasilkan sendiri oleh TOKWAN-Z FARM, dengan memastikan kandungan utama iaitu kandungan protein yang tinggi dan karbohidrat yang mencukupi,ditambah dengan kandungan keperluan lain. Dengan ini para pembeli tidak perlu was-was terhadap hasil ternakan ikan keli TOKWAN-Z FARM yang dijamin HALAL dan BERKUALITI.

Projek ini dijalankan di Lot P.T. 3426, Sungai Pengkalan Nangka (Sungai Buaya), Kelaboran, 16200 Tumpat, Kelantan dan bekeluasan 300 meter sepanjang tebing sungai dan keluasan keseluruhan 3,000 meter persegi. Kini terdapat 100 unit sangkar untuk ternakan ikan dan 3 unit sangkar khusus untuk ternakan benih ikan.

TOKWAN-Z FARM mempunyai 2 kakitangan pengurusan projek yang melaksanakan kerja-kerja harian sepenuh masa di lokasi projek.

Harga Jualan:

1. Harga runcit        - RM 6.00 / sekilogram

2. Harga borong dengan mengambil di sangkar  - RM 4.50 / sekilogram


Nota: Anggaran berat seekor ikan keli ialah 250g

Kini TOKWAN-Z FARM mempunyai bekalan ikan keli untuk dijual sebanyak 1 tan.

Tempahan Belian:

Tempahan untuk belian boleh dibuat sekarang dengan menghubungi :

En Faisa  0169887904 (call)
                 0172819690 (whatsapp)

Para pembeli / pemborong juga dialu-alukan untuk datang ke lokasi projek untuk melihat sendiri projek ternakan ikan keli TOKWAN-Z FARM.

Sila Hubungi Kami:
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek ternakan ini, sila berikan nombor telefon anda melalui blog TOKWAN-Z FARM dan pihak syarikat akan menghubungi anda.

TOKWAN-Z FARM juga boleh dihubungi melalui e-mel syarikat tokwanzfarm@gmail.com